Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang terdapat di Kualiti Alam Hijau (M) SDN BHD. Syarikat ini merupakan Syarikat Bumiputra yang menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan berkaitan Perangkap Minyak. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut :
1. Mengeluarkan (membuat), menjual dan membekal perangkap minyak.
2. Pemasangan perangkap minyak, sama ada bawah sinki atau bawah tanah.
3. Perkhidmatan dan penyelenggaraan (Service) pelbagai jenis perangkap minyak.
4. Pembersihan saluran, longkang tersumbat, membaiki tandas tersumbat, membersihkan saluran paip tersumbat.
5. Membaiki, menukar dan memasang saluran pembentungan dan lubang utama (mainhole).
6. Mengumpul minyak masak yang telah digunakan, lemak minyak, menghantar botol, peralatan servis dan memberi tunjuk ajar bagaimana membersihkan perangkap minyak kepada pemilik restoran.
7. Merawat dan kitar semula minyak masak yang telah dikumpul.
8. Merawat sisa air kumbahan menggunakan teknologi dari Korea dan Malaysia.
Kualiti Alam Hijau sentiasa menitik beratkan servis yang terbaik untuk setiap perangkap minyak yang sudah di pasang ditempat pelanggan. Perkhidmatan Servis akan dibaut mengikut keperluan oleh pakar yang terdiri dari kalangan juruteknik lelaki. Mereka telah diberikan latihan yang sangat baik sebelum boleh melakukan servis ditempat pelanggan. Setiap servis akan direkodkan dan dicatat supaya ia boleh dipantau dengan baik oleh pihak pengurusan. Pelanggan kami akan sentiasa menjadi keutamaan kepada Kualiti Alam Hijau (M) Sdn Bhd.
|
Pelanggan-pelanggan Kualiti Alam Hijau |
#PERKHIDMATAN TERUS DILAKUKAN DI TEMPAT ANDA TANPA PERLU DI BAWA KE KEDAI & MENGIKUT KESESUAIAN MASA ANDA..
#HUBUNGI:
πPuan Lily - 0123289291
www.wasap.my/+60123289291
.
πEn Firdaus - 0126079291
www.wasap.my/+60126079291