Rabu, 14 Ogos 2019

LANGKAH-LANGKAH MEMBERSIH PERANGKAP MINYAK / GREASE TRAP


Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca-pembaca sekalian. Pada hari ini saya ingin berkongsi kepada pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang cara-cara membersihkan perangakap minyak. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan perangkap minyak di premis dan restaurant sudah tersedia pasang, tetapi kebanyakan dari pengusaha atau pekerja di dapur tidak tahu bagaimana ia berfungsi dan bagaimana melakukan penyelenggaran ke atas perangkap minyak  supaya berfungsi baik. Selain itu, pembersihan secara berkala juga dapat menjimatkan kos. Untuk pengetahuan semua, perangkap minyak perlu di selenggara dan dibersihkan paling minima 2 minggu sekali. 

Cara-cara penyelenggaran ke atas alat perangkap minyak seperti berikut:

  • Sebelum memulakan pembersihan perlu sediakan bag plastik sampah untuk membuang sisa-sisa makanan dan juga lemak yang terbentuk di dalamnya.

  • Tutup semua injab masuk dan keluar. Buka penutup perangkap minyak.

  • Keluarkan bakul penyaringan (penapis) daripada perangkap minyak.

  • Kemudian, bakul penyaringan hendaklah dibersihkan secara manual sehingga bersih supada pengaliran air lancar dan sempurna.


  • Kikis seluruh dinding tangki perangkap minyak dengan "scrapper". Dengan mengunakan penceduk keluarkan semua lemak yang mendak di bawah tangki penapis minyak. Sekiranya lemak-lemak ini telah terlalu keras dan sukar untuk dibersihkan, gunakan bahan kimia untuk pecahkan lemaknya. (Contohnya Bio Dispersant Enzyme).

  • Semua sisa-sisa makanan/gris yang terperangkap dalam bakul penyaringan hendaklah dikumpulkan di dalam plastik.

  • Setelah semua lemak telah dikeluarkan dab dibersihkan, buka injab masuk dan keluar. Buka air sinki dan masukkan kembali air bersih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

WAJIB MEMASANG PERANGKAP MINYAK !

ANDA MERUPAKAN PEMILIK PREMIS? BELUM MEMPUNYAI PERANGKAP MINYAK? Jika anda pengusaha makanan, alat perangkap minyak ini merupakan sa...