Khamis, 18 Julai 2019

ALAT PERANGKAP MINYAK DI PREMIS ANDA

Sebelum kita mengetahui  apa itu Perangkap Minyak mari sentuh sedikit tentang pencemaran alam. Pencemaran alam yang dimaksudkan adalah pembuangan sisa minyak  ke dalam peparitan awam yang memang tidak dapat perhatian dan kesedaran dari golongan pengusaha Restoren, Katering atau pun pengendali kedai Makan. Masalah pembuangan minyak masak terpakai ke dalam longkang atau tempat-tempat awam adalah merupakan masalah yang serius. Pelepasan sisa minyak masak ke longkang menyebabkan longkang tercemar, kotor dan tersumbat. Lipas dan tikus akan tertarik ke kawasan longkang tersumbat itu untuk makan minyak masak tersebut, bersarang, dan membiak. Nyamuk dan lain-lain haiwan perosak juga akan berkeliaran di situmgganggu kesihatan penduduk sekitar. Ketika musim kering tempat yang tersumbat dengan minyak akan menarik lebih banyak haiwan perosak termasuk nyamuk ke kawasan tersebut. Sementara di musim hujan akan menyebabkan banjir kilat. Air yang telah tercemar dengan minyak masak selain masalah kesihatan yang mempengaruhi kualiti air minuman kita juga penyabab pencemaran alam contohnya populasi kehidupan ikan yang tidak sesuai untuk kesihatan kerana telah makan sisa buangan yang tercemar ini.

Alam sekitar kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan sahaja digunakan sekarang tetapi akan digunakan untuk generasi akan datang. Oleh yang demikian, untuk membendung perkara ini dari terus berlaku, tanggungjawab menjaga alam sekitar bermula daripada anda. 

Apakah perangkap minyak ?
Perangkap minyak merupakan alat penyaring atau penapis minyak yang diperbuat dari keluli tahan karat (stainless steel) atau gentian kaca (fiberglass) yang berkualitiAlat perangkap minyak ini dipasang bagi menangkap kebanyakan gris dan pepejal sebelum dikeluarkan ke sistem perparitan. Air dan minyak adalah dua zat yang berbeza dan tidak akan bercampur. Apabila anda mencuci di singki, sisa minyak akan melekat dalam saluran paip kerana minyak adalah likat daripada air. Jika minyak yang panas dicurahkan kedalam singki, ia tetap akan menebal dan mengeras dan secara tak langsung menelaputi saluran paip dan menyebabkan tersumbat. Alat perangkap minyak ini kebiasaannya dipasang di perusahaan makanan seperti Restoren, Kafeteria, dan Katering. Hal ini kerana, ia dikehendaki oleh undang undang bagi mendapatkan kelulusan Lesen Perniagaan dan memperbaharui Lesen. 

Bagaimana perangkap minyak berfungsi baik?
Restoran dan premis proses makanan adalah dikatakan punca terbesar menyumbangkan pencemaran minyak kepada alam sekitar. Kebanyakan restoren telah memasang  perangkap minyak , tetapi kebanyakan dari pengusaha atau pekerja didapur tidak tahu bagaimana ia berfungsi dan bagaimana lakukan penyelenggaraan ke atas perangkap minyak untuk ia berfungsi baik.  Perangkap minyak perlu di selenggara dan dibersihkan dan diselenggara paling minima 2 minggu sekali. Perangkap minyak bukan saja perlu di anggap sebagai syarat untuk berniaga tetapi sebagai pengusaha, kita perlu ada kesedaran pentingnya menjaga pencemaran alam sekitar. Perangkap minyak ini  juga akan membantu pengusaha untuk mengelak dari saluran paip yang sering tersumbat di dapur yang disebabkan pembentukkan lemak yang padat dalam saluran. Apabila saluran air kumbahan tersumbat didapur, air kumbahan yang kotor dari singki akan melimpah keluar ke lantai dapur. Lantai dapur bukan saja sentiasa basah tetapi seluruh dapur anda akan busuk dan kadangkala sehingga ke ruang makan pelanggan. Pembaikan perlu mengeluarkan wang kos dan kadangkala perlu lakukan pemaipan baru untuk restoren anda. Keadaan bukan berhenti di situ tetapi ini akan berulang tanpa perangkap minyak yang berfungsi baik.

Dapatkan khidmat nasihat dari pembekal alat perangkap minyak kami. Masalah longkang berbau ini boleh dielakkan dan anda boleh jalankan perniagaan anda  dengan senang hati tanpa ganguan pihak berkuasa tempatan. Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh ke laman web http://www.kualitialamhijau.com/  Atau hubungi :

📞 Afiqa - 01139220598 http://www.wasap.my/+601139220598
.
☎️ Office : 075540190







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

WAJIB MEMASANG PERANGKAP MINYAK !

ANDA MERUPAKAN PEMILIK PREMIS? BELUM MEMPUNYAI PERANGKAP MINYAK? Jika anda pengusaha makanan, alat perangkap minyak ini merupakan sa...